
Pasukan Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010 bersama tuan rumah Indonesia setelah menumpaskan Laos 5-1 semalam (7 Dis). Walau bagaimanapun kejayaan itu dibantu oleh Indonesia yang berjaya menumpaskan Thailand 2-1.

Persoalannya, mengapakah Thailand tidak menunjukkan prestasi sebenar mereka sebagai jaguh Asia Tenggara? Dibimbing oleh bekas pemain England, Bryan Robson, seharusnya mereka lebih hebat di pentas Asia Tenggara ini..
Walau apa pun, tahniah kepada K. Rajagobal kerana berjaya melunaskan janjinya untuk membawa pasukan negara ke separuh akhir walaupun dengan bantuan Indonesia.
IKUTI SOROTAN VIDEO PERLAWANAN
No comments:
Post a Comment