Perlawanan Malaysia menentang Thailand pada Sukan SEA Laos 2009. Malaysia menang 2-1 |
Malaysia akan turun berdepan Thailand dalam perlawanan kedua Kumpulan A esok (4 Disember 2010).
Namun persoalannya mampukah pasukan Malaysia menewaskan kuasa bolasepak Asia Tenggara iaitu Thailand?
Keputusan memalukan pasukan kebangsaan sewaktu dibelasah Indonesia 5-1 kelmarin, membuktikan di mana letaknya mutu bolasepak negara. Bukan mahu mengkritik, namun inilah realitinya.
Pasukan Malaysia yang rata-ratanya dibarisi pemain muda, dijulang tinggi sewaktu memenangi pingat emas di Sukan SEA Laos dan berjaya melangkah ke peringkat kedua di Sukan Asia. Namun apabila dipuji merudum pula prestasi mereka. Namun dalam pada itu, pemain pasukan The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha menunjukkan prestasi cemerlangnya pada perlawanan lalu.
Apa yang membimbangkan kita ialah sikap tendang bola jauh entah ke mana kini masih diamalkan pemain. Anda sebagai pemain profesional perlulah menunjukkan possession football sekiranya mahukan kemenangan. Pas bola player by player then cari ruang untuk melepaskan serangan perlu diamalkan kerana perlawanan di peringkat antarabangsa tidak sama dengan Liga Malaysia.
Pemain-pemain kita perlu mencontohi corak permainan Arsenal yang mempamerkan aksi kemas walaupun kita sedar taraf pemain kita dengan mereka. Namun kita perlu mencuba bukan?
Apa-apa pun saya mendoakan kejayaan Malaysia dalam perlawanan yang perlu dimenangi oleh Malaysia jika tidak mahu pulang awal.
No comments:
Post a Comment