Disebalik pertahanan yang agak rapuh dalam Piala Suzuki AFF, K. Rajagobal tetap mahu memberi pujian kepada barisan anak didiknya.
Menurutnya, tanpa sebahagian besar tonggak utama yang diketepikan akibat kecederaan, bakat muda diberi kepercayaan memikul tanggungjawab besar ini.
"Saya terpaksa menggunakan pertahanan muda dalam pertandingan paling kompetitif di rantau Asia Tenggara ini.
"Saya perlu berikan mereka kredit.
"Saya perlu pastikan mereka teratur dan memberikan persembahan yang mantap esok," katanya.
Rajagobal juga kesal dengan pendapat negatif ke atas anak-anak buahnya yang dianggap tidak adil sejurus kekalahan besar kepada Indonesia dalam perlawanan pembukaan.
"Mereka mengatakan pasukan ini tidak bagus.
"Tapi saya kenal mereka (pemainnya),
"Cuma saya tidak mahu mereka mengulangi kesilapan tempoh hari," tegasnya.

Untuk maklum, Malaysia akan memakai seragam biru.
No comments:
Post a Comment