Followers

FIFA- FAM JALIN KERJASAMA ERAT


KUALA LUMPUR - Bola sepak Malaysia bakal mendapat manfaat besar apabila FIFA bakal menjalinkan kerjasama dalam program pembangunan akar umbi sukan nombor satu itu di negara ini.

Apatah lagi dengan penglibatan secara langsung Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal FIFA akan melicinkan lagi program akar umbi tersebut. 

Dalam lawatan presiden FIFA, Sepp Blatter di Istana Pahang di ibu negara hari ini, beliau berkata untuk merealisasikan program itu memerlukan sokongan daripada kerajaan amat penting bagi menentukan asas seperti promosi, kesihatan, penyediaan prasarana dan sokongan ibubapa amat penting. 

Selain itu, Blatter berhasrat untuk mempertahankan jawatannya buat penggal kali keempat dan sekiranya terpilih bakal menjadi penggal terakhir buat 

"Saya masih bertenaga dan tugas saya belum selesai di FIFA. 

"Saya sudah bertugas 13 tahun sebagai presiden FIFA dan 36 tahun bekerja untuk FIFA. Jadi saya masih layak untuk pemilihan," katanya. 

Laporan mengatakan presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Mohamed Bin Hammam mahu bertanding merebut jawatan tertinggi itu. 

Blatter bagaimanapun tidak bimbang dengan prospek itu. 

"Jika ada cabaran maka perlu disahut. 

"Saya mempunyai sokongan daripada persekutuan bola sepak Asia namun saya memerlukan sokongan daripada keseluruhan FIFA," tambahnya.
Dalam majlis itu juga, Blatter juga menerima anugerah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) Kehormat yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-80 pada Oktober yang lalu.

No comments:

Post a Comment