Followers

KELANTAN 4-0 PERLIS, KL BUNTU DI LAMAN SENDIRI


KUALA LUMPUR, (22 APRIL 2011) - Pasukan tuan rumah , Kelantan meraih kemenangan kelapannya setelah membelasah pasukan tercorot liga, Perlis 4-0 pada pertemuan di Stadium Sultan Muhamed ke-IV.
Keputusan itu menyaksikan skuad anak didik Datuk M. Karathu mengutip tiga mata penuh untuk mengumpul 27 mata malam ini, membolehkan ia berada di tangga kedua liga di belakang Selangor dengan kelebihan dua mata.
Empat gol Red Warriors masing-masing dijaringkan oleh Mohd Azuan Solahudin pada minit ke-40, Norshahrul Idlan Talaha (min-51), Mohd Nizad Ayub (min-69) dan kapten pasukan, Mohd Badri Radzi (min-73).
Keputusan tersebut meneruskan kebangkitan semangat Skuad itu selepas dimalukan Perak 4-0 di Stadium Perak dalam perlawanan lalu.
Dalam satu lagi perlawanan Liga Super malam ini, menyaksikan Kuala Lumpur hanya berkongsi satu mata apabila seri tanpa jaringan dengan Felda United ketika kedua-dua pasukan bertembung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Kedua-dua pihak masing-masing saling mengasak antara satu sama lain dan kerap mencipta peluang keemasaan, namun ia gagal membuahkan gol hingga ke tiupan wisel penamat.

No comments:

Post a Comment