Followers

THE GUNNERS MENEMBAK MATI THE BLUES



Arsenal kembali di tangga kedua EPL selepas menundukkan Chelsea 3-1 dalam pertemuan malam Isnin (pagi Selasa waktu Malaysia) sekaligus menambah derita juara bertahan tersebut dalam pertemuan di Stadium Emirates.
Kekalahan kelima dalam liga buat Chelsea itu menyaksikan mereka kekal di tempat keempat dan enam mata di belakang pendahulu liga Manchester United, yang masih memiliki baki satu perlawanan.
Alex Song memberikan Arsenal gol pendahuluan sejurus sebelum tamat separuh masa pertama hasil keadaan kucar kacir di dalam kotak penalti Chelsea, dan selepas separuh masa kedua bermula Arsenal terus menunjukkan taring mereka.
Dua gol pantas dalam masa tiga minit melebarkan jurang buat Arsenal, dengan Cesc Fabregas dan Theo Walcott saling bantu membantu untuk menambah derita Chelsea.
Branislav Ivanovic cuba merapatkan kedudukan dengan tandukan gol hasil hantaran percuma Didier Drogba pada minit ke-57 namun penguasaan bola Arsenal memastikan Chelsea gagal kembali bersaing.
Kemenangan Arsenal pastinya menambah tekanan buat pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yang kini terpaksa bersaing hebat dengan Tottenham dan Bolton untuk tempat keempat.

No comments:

Post a Comment