Followers

SIAPA YANG "MALING"?

Bahang perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 kian terasa. Berbekalkan 3 gol skuad Malaysia akan beraksi di Jakarta malam ini.

Namun, perang siber, tunjuk perasaan dan kekecohan sering berlaku di Jakarta yang dikatakan akibat tidak puas hati dengan tindakan penyokong memancarkan laser ke arah pasukan mereka.

Di Facebook dan Twitter, jutaan komen dari penyokong Indonesia yang seakan-akan tidak boleh terima hakikat kekalahan mereka sambil mengeluarkan kata-kata kesan seperti perkataan Malaysia ditukar kepada "Malingsial", "Malingsianjing" dan sebagainya.

Semalam skuad negara terpaksa menjalani latihan ringan di perkarangan hotel akibat keselamatan yang tidak terkawal di luar hotel. Sedangkan di Malaysia kita menyambut mereka bak putera kayangan dari langit dan menyuruh mereka berlatih di padang tiruan Majlis Sukan Negara yang berteknologi tinggi!


Penyokong Indonesia sememangnya tidak beradab dan tidak ada semangat kesukanan apabila mengadakan provokasi yang mahu mengancam moral pemain Malaysia.

Di Malaysia, suasana aman masih boleh dilihat




PEMBAKAR semangat…sebahagian penyokong Malaysia dan Indonesia  bersorak sebelum memasuki  Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010  antara Malaysia dengan Indonesia.  – Foto Osman Adnan

Namun di Indonesia, suasananya nyata akan berbeza sama sekali.


Kepada penyokong Indonesia, tunjukkan kehebatan anda di dalam padang, bukan di luar kerana ia hanya menjejaskan corak permainan kedua-dua pasukan.

Yang pastinya seluruh rakyat akan panas hati malam ini apabila lagu Negaraku dipermain-mainkan masyarakat negara Garuda tuh.

ORANG DENGKI TAK AKAN MEMPEROLEH KEJAYAAN! PERCAYALAH!

No comments:

Post a Comment