Followers

MALAYSIA MENANG, SERANGAN LASER ALASAN GARUDA TERHEMPAS KE BUMI


Pasukan bolasepak Malaysia sememangnya hanya sebelah kaki untuk menjulang piala keagungan di Asia Tenggara iaitu Piala AFF Suzuki 2010. Namun, perlawanan semalam dicemari serangan laser terhadap penjaga gol Indonesia Markus Rihihina yang menyebabkan dia tidak berpuas hati lalu memaksa pengadil memberhentikan seketika perlawanan.


Yang lebih memelikkan, serangan tersebut berpunca daripada penyokong Indonesia sendiri. Ramai yang menyalahkn pihak berkuasa dalam hal ini, namun mana mungkin untuk mereka memeriksa kesemua 85 000 penonton?

Justeru, penyokong kedua-dua pasukan perlu lebih berdisiplin sewaktu menonton. Apa yang pasti kegilaan penyokong Indonesia memang adakala membawa kemusnahan kepada permainan. Lihat saja di Indonesia bagaimana mereka menonton bolasepak? Sama ada di dalam mahupun di luar padang mereka pasti menggila.

Apapun, pasukan Malaysia tidak harus selesa dengan bekalan 3 gol yang dimiliki, sebaliknya perlu lebih berwaspada kerana garuda mungkin akan kembali terbang ke udara.


Abang Norshahrul,, tahniah atas perkahwinanmu.. walaupun penat abang tetap beraksi dengan baik!



  •  
  •  
  •  
  •  

No comments:

Post a Comment