Followers

PROFESIONALISME PEMAIN TERBUKTI

Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF Suzuki 2010 membuktikan bahawa para pemain Malaysia lebih profesional berbanding pasukan Indonesia. Hal ini kerana pemain pasukan itu menyalahkan 'serangan' laser daripada para penonton punca kepada kegagalan mereka menempa kejayaan di Bukit Jalil.

Jika diimbas kembali sewaktu kekalahan 1-5 Malaysia kepada Indonesia di peringkat kumpulan, penjaga gol Malaysia, Mohd Sharbinee Allawee bin Ramli tidak menyalahkan mana-mana pihak atas pancaran laser ke atas dirinya dengan mengadakan bantahan terhadap pengadil dan sebagainya.

Lihat bukti dalam video ini:



Ini pula reaksi penjaga gol Indonesia apabila perkara yang sama menimpanya. Bagai hilang arah mereka.


Namun Setiausaha Agung FAM Dato Azzudin Ahmad menyatakan pegawai perlawanan mengatakan bahawa pancaran laser di Bukit Jalil adalah datangnya dari kedua-dua penyokong. Namun media Indonesia meluahkan reaksi tidak senang dan tidak habis-habis menyalahkan penyokong kita.


Berikut antara laporan media Indonesia terhadap penyokong kita. Makanya jelas siapa yang lebih profesional di sini adakah Malaysia atau Indonesia?

Saya bukan mahu mengeruhkan keadaan, namun sebagai blogger saya mempunyai tanggungjawab menyampaikan kepada rakyat.

Apapun saingan sengit pasti menanti Malaysia apabila pasukan Indonesia mengharapkan keajaiban di Jakarta. Namun mentaliti pemain perlu tinggi kerana faktor luaran seperti penonton yang bersemangat terlalu tinggi akan menyukarkan keadaan.

MAJULAH BOLASEPAK UNTUK NEGARA!

6 comments:

  1. bIaseLah...
    biLa dAh cUak....
    sUme nAk disALAhkan......
    pOyo jEr...Markus bUat oNar..
    huhu~ =p

    ReplyDelete
  2. semalam sy tgk kat restoran habis markus ktowg ejek2

    ReplyDelete
  3. yEahh !
    Myra sUke pARt dye t'mAsuK dLm gOL 2...
    siAp kAsut terSangkut kaT jAring lg....
    haha~

    ReplyDelete
  4. Memang terbukti pon profesionalisme pemain2 kita. Agak lawak la bila denga diorang salahkan serangan laser tu. Hoho

    ReplyDelete
  5. "TAK PANDAI MENARI DISALAHKAN LANTAI JONGKANG JONGKIT"

    ReplyDelete